Aku nak kurus. Aku tak selesa dengan badan aku. Aku rasa inferior, insecure. Aku cakap dengan kawan-kawan aku "Nak kurus, Nak kurus." Dan diorang akan cakap "Kau dah kurus la, nak kurus macam mana lagi?" Aku tahu diorang pun sebenarnya muak dengan perangai aku. Aku nak dengar diorang cakap "Kau dah kurus la.." banyak kali, so that aku tak rasa inferior. Sorry to everyone, to Aisyah Khairina especially, sebab dialah yang banyak cuba sedarkan aku yang dengan badan macam ni, aku dah okay. Ya Allah, sayang dia.
Bukan senang. Bukan senang nak rasa selesa dengan diri kita bila ada segelintir yang cakap kita ni gemuk. Sekali orang kutuk, sampai bila-bila kita ingat. Itulah masalah aku.
Dan mungkin sebab perangai aku yang tak reti bersyukur Allah dah bagi kesihatan tu, Dia cuba sedarkan aku dengan kesakitan pula. Sekarang, berat aku turun. Tapi, aku sakit perut sentiasa. Minyak angin jadi bestfriend aku. Bukan lagi Aisyah Khairina. *Haha! Ok kidding*
Sekarang, aku sedar. Mula sedar. Alhamdulillah lah badan aku macam ni. Janji, aku sihat.
Ya Allah, ampunilah dosaku kerana tidak bersyukur padaMu sebelum ini.
So, to everyone out there, tolonglah. Tolonglah sedar yang tak semua yang kita nak tu bagus untuk kita. Ada sebab kenapa Allah jadikan kita, the way we are now. Allah jadikan kita sebaik-baik kejadian.
I will try not to complaint about my weight anymore to my friends.
I will try not to annoy my friends anymore.
And... be grateful instead.
-Image from Tumblr
-AA-
No comments:
Post a Comment