Thursday 22 September 2011

Hanya Dia

Hanya Allah je yang tahu betapa happynya aku untuk Kak Ngah bila finally sampai jodoh dia dengan lelaki yang dah about 3 years diorang together. Alhamdulillah. Syukur. Doa aku, hopefully perkahwinan diorang bahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat dan semoga dikurniai dengan zuriat keturunan yang soleh dan solehah. Amin.

Tapi, berat jugak nak lepaskan dia. Sebab, dia akan ikut suami dia ke Egypt untuk sambung belajar, setahun. Sedih. Dahlah next year aku SPM. Siapa yang nak motivate aku? :( Kak Ngah je yang asyik-asyik "Aisyah, belajar!"



My beloved Kak Ngah and Abang Ngah :')

I love them to bits :)


Waktu wedding diorang, entah mana datang la ilham and courage aku untuk tulis and baca puisi untuk diorang. Haha. Tapi sebab sayang punya pasal, beranikan diri. Semuanya untuk Sadhana binti Azahar and Johannas Mohd Yusof. Hehe.

Cinta
Bukan semua dapat merasainya
Jodoh
Bukan semua sampai serunya
Pertemuan kita, perkenalan kita,
Percintaan kita,
Segalanya sudah diatur olehNya
Segalanya atas kehendak Dia

Aku suka lihat dia tertawa, tersenyum
Seolah-olah aku benar-benar membuat dia bahagia
Dan entah kenapa, 
Aku resah
Apabila dia hilang
Walaupun cuma sebentar
Dari situ, aku mula sedar
Aku mula dapat merasainya
Rasa yang bukan semua dapat merasainya
Rasa cinta

Aku bersyukur
Dia temukan kita
Dia dekatkan kita
Dia satukan kita
Dan kini, aku berdoa seikhlas hati
Dia sambut huluran tanganku
Membina hidup baru denganku
Menemani dan berkongsi suka dukaku
Dan aku berjanji
Dengan izinNya
Aku akan membuat dia bahagia
dan menjaganya kerana
Dialah tulang rusukku
yang akhirnya
Telah aku jumpa.

Jiwang? Hahahaha. Ini minat. 

-AA-

No comments:

Post a Comment